Perhatikan, Jika Kamu Merasakan 10 Ciri-ciri Ini, Pertanda Dia Akan Menjadi Jodohmu

Perhatikan, Jika Kamu Merasakan 10 Ciri-ciri Ini, Pertanda Dia Akan Menjadi Jodohmu

Redlinews.online - Di dalam agama Islam, jodoh itu bererti seseorang yang telah tertulis namanya di Luh Mahfuz. Bahkan jauh sebelum kita manusia diciptakan ke dunia di mana dia akan ditakdirkan untuk menjadi pendamping hidup kita di dunia ini. Tidak dapat dinafikan ada orang jodohnya cepat dan ada yang lambat. Amir Syahir tentang perihal jodoh. "Masa aku belum kahwin, soalan yang selalu aku fikir ialah, “Macam mana nak kenal tu jodoh aku? "Rupa-rupanya jodoh tiba dengan cara yang mudah. Kalau betul dia jodoh kau, Tuhan akan gerakkan hati kedua-duanya, bukan salah seorang sahaja.

PERBAIKI DIRI JADI LEBIH BAIK

Jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Setiap orang pasti inginkan jodoh yang terbaik. Dalam pencarian mencari yang terbaik, perbaiki juga diri untuk menjadi seorang yang baik.

Taaruf merupakan salah satu cara untuk mengenali calon pilihan kau. Dalam peringkat ini, kau akan mula nampak kelemahan masing-masing. Antara calon yang baik ialah apabila dia sudi menerima kekurangan kau. Kau pun mesti lah nak buat perkara yang sama kepada dia.

Carilah keserasian. Dalam Islam tetapkan proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Agama menjadi faktor yang utama.

Keserasian bermaksud semua persamaan yang ada itu saling mendekatkan, semua perbezaan yang ada itu pula saling melengkapkan. Kau sendiri dapat rasa perasaan tu.

Jika dalam proses taaruf/mengenali dia kau merasakan 10 perkara ini, mungkin dia jodoh kau. Antaranya:
  1. Kau rasa telah lama mengenali si dia. Padahal baru kenal pas taarufan.
  2. Kau rasa rindu ketika berjauhan dengan si dia.
  3. Ada ikatan yang kuat. Apa yang dia rasa kau pun rasa sama.
  4. Kau rasa selesa di samping si dia.
  5. Senang berkongsi cerita dan hal peribadi dengan si dia.
  6. Sesibuk mana pun kau, kau akan cipta waktu untuknya.
  7. Setiap perbualan dan perbincangan selalu dapat difahami dan masing-masing puas hati dengan keputusan yang dibuat.
  8. Selalu jujur, ikhlas dan percaya pada si dia.
  9. Tidak mempedulikan masa lalu masing-masing dan menerima apa adanya. Mula merancang untuk masa depan.
  10. Kau sentiasa sabar dengan segala kerenah si dia.
Lakukanlah istikharah. Mohon petunjuk Allah. Jika yakin si dia pilihan terbaik, jadikanlah si dia halal untukmu. Jika sebaliknya, tolaklah si dia dengan sebaiknya.

Lamaran bukan paksaan. Ianya satu perkara besar dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Apabila kau nak terima, terima dengan fikiran semasak-masaknya, juga kalau nak tolak, tolak setelah fikir sehabis baik.

0 Response to "Perhatikan, Jika Kamu Merasakan 10 Ciri-ciri Ini, Pertanda Dia Akan Menjadi Jodohmu"

Post a Comment

Iklan Diatas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close